• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

2,502 Terima Pakaian Sekolah Baharu

SETIU, 16 Mac - Seramai 2,502 telah menerima bantuan pakaian sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata bantuan kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)  selama ini sangat ibu bapa mengurangkan perbelanjaan bagi menghadapi sesi pembukaan sekolah pada minggu hadapan.

"Alhamdulillah, melihat reaksi gembira anak-anak yang hadir menerima bantuan pakaian sekolah hari ini diharap memberikan kelegaan kepada semua ibu bapa,insyaa Allah."

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Dewan Terbuka Sungai Tarom, di sini semalam.

Terdahulu Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu Kawasan Setiu, Zaidah Ahmad@Jusoh berkata, dengan kekuatan tenaga bantu YPK seramai 23 orang telah melancarkan urusan pembahagian dan Permaisuri  merupakan lokasi  terakhir pengagihan bantuan tersebut.

Qurratul Ain Umairah Abdullah, 11 dan Mursyid El Mukhlisin Abdullah, 8 dua beradik antara penerima bantuan pakaian sekolah ditemui masing-masing gembira dan teruja menerima bantuan tersebut dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan nanti.

Terdahulu, sebanyak RM9.46 juta diperuntukkan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan keluarga Terengganu (YPKT) untuk bantuan pakaian sekolah yang memberi manfaat kepada 86,000 pelajar di negeri ini pada tahun ini.


Tag: