• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

292 Anak Yatim Rhu Rendang Terima Sumbangan Aidilfitri

Oleh : Hibatul Jihadi

MARANG, 31 Mac- Seramai 292 anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang gembira apabila menerima sumbangan wang dan cenderahati daripada Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman.

Tuan Faizah berkata sumbangan berkenaan bertujuan bagi mengembirakan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

katanya, memuliakan anak yatim itu merupakan satu perkara yang sangat mulia selain mereka memiliki kedudukan istimewa dalam Islam sebagaiman yang tercatat dalam sejarah.

"Ramai tokoh-tokoh hebat dalam dunia Islam antara mereka merupakan anak yatim, namun mereka dikenali sehingga ke hari ini kerana keilmuan dan ketokohan mereka antaranya ialah Imam As-Syafei, Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Bukhari, Imam Ghazali dan jungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan anak yatim," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sumbangan Sinar Kasih  Anak Yatim itu di Tok guru, Rusila, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu Tuan Faizah berharap agar rakyat negeri ini mengambil kesempatan pada bulan penuh keberkatan ini dengan melakukan pelbagai perkara kebaikan termasuk meningkatkan keprihatinan terhadap anak yatim.

"Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kekuatan dan kejayaan kepada anak-anak yang ada bersama dengan kita pada hari ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada urus setia, pusat Khidmat DUN Rhu Rendang dan sudah tentu kepada tetamu yang kita raikan pada hari ini, anak yatim.

"Terima kasih atas kehadiran semua memeriahkan majlis kita pada hari ini," katanya.