• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

300 Anak Yatim, Fakir Miskin Terima Kurniaan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu

KUALA NERUS, 18 Mac- Seramai 300 anak yatim dan anak fakir miskin serta ibu bapa mereka menerima Kurnia Hari Raya daripada Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Majlis Kurniaan Hari Raya, Berbuka Puasa dan Solat Terawih, semalam.

Keberangkatan tiba Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ke Masjid Mengabang Telipot diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Ab Rahman bersama Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Puteri Utama Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja.

Turut mengiringi mereka adalah Ahli Dewan Pangkuan DiRaja dan isteri serta pengiring-pengiring.

Keberangkatan tiba Baginda dan Paduka Anakanda-anakanda disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan isteri serta Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Terengganu, Dato' Zulkifli Ali dan isteri.

Dalam majlis tersebut, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat terawih berjemaah bersama rakyat.

 

 

 


Tag: