• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

3,000 Bakul Makanan Untuk Warga Dungun

Oleh : Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris

DUNGUN, 5 Julai- Kira-kira 3,000 bakul makanan akan diagihkan kepada golongan sasar terutamanya yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di daerah Dungun.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, pengagihan bantuan berkenaan menggunakan peruntukan disediakan kerajaan Pusat sebanyak RM300,000 dan kerajaan negeri.

"Selain sumbangan dari beberapa NGO untuk bantuan bakul makanan di kawasan masing-masing.

"Hari ini kita bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas sumbangan peruntukan sebanyak RM300,000 dan dapat lagi kita agih kepada 3,000 penerima.

"Setakat ini kita sudah mengenal pasti 1,000 penduduk yang layak menerima bantuan ini dan kita jangka keseluruhan bantuan ini akan diselesaikan dalam tempoh tiga minggu," katanya kepada pemberita.


Tag: