• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

3,000 Sukarelawan Terengganu Bantu Mangsa Banjir Lembah Klang

KUALA TERENGGANU, 19 Disember – Lebih 3,000 sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu bersiap sedia membantu mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sekurang-kurangnya 100 sukarelawan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dipersiapkan sebelum mereka turun padang bagi tujuan itu.

“Tumpuan utama sukarelawan adalah membantu mereka yang terjejas membersih kawasan sebaik sebaik banjir pulih.

“Bila akan bertolak dan kawasan mana yang akan menjadi tumpuan bergantung kepada arahan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia)," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini.

Menurutnya, buat masa sekarang, pasukan sama di kawasan banjir iaitu di Dungun dan Kemaman sudah menjalankan misi membantu mereka yang terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) dan bersedia membersih kawasan sebaik banjir pulih kelak.

“Selain khidmat tenaga, pihak sama turut menghulurkan bantuan kewangan hasil kutipan derma, makanan, barangan kelengkapan peribadi, pakaian, tikar, selimut dan telekung.

“Dalam menghulurkan setiap bantuan, pihak itu sentiasa diberi ingatan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana  kita masih dalam situasi andemik Covid-19,” katanya..
 

 

 


Tag: