• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

318 Terlibat PKPD Terima Bantuan

DUNGUN, 14 Julai- Seramai 318 ketua isi rumah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Sura menerima bantuan barang keperluan seharian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, agihan bantuan dari rumah ke rumah yang terlibat dengan PKPD itu melibatkan tiga lokaliti iaitu Kampung Gong Pasir, Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir dan Taman MAIDAM.

"Agihan terpaksa dilakukan secara berperingkat memandangkan kita menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan," katanya yang ditemui selepas agihan tersebut. 

Katanya, kerja-kerja pengagihan sumbangan yang bermula Ahad lalu, diadakan selama tiga hari tetapi mereka akan terus dibantu sehingga berakhir PKPD. 

"PKPD yang bermula pada 10 Julai sehingga 23 Julai itu telah menghadkan pergerakkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan seharian mereka. 

"Terima kasih kepada Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) PAS Cawangan,  i-MiTS,  Unit Amal serta agensi keselamatan Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang banyak membantu," katanya.


Tag: