• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

326 Pingat Dipertandingkan Dalam SUTERA 2019



KUALA TERENGGANU, 5 September- Sebanyak 326 pingat membabitkan 13 acara sukan dipertandingkan dalam  Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019 yang bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, pingat emas dan perak masing-masing 98, manakala gangsa sebanyak 130 pingat.

Seramai 1,545 atlet dari lapan daerah bakal berentap dalam kejohanan yang diadakan di lokasi pertandingan utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan lokasi-lokasi sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu selama empat hari sehingga 9 September ini bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini.

Penyertaan untuk SUTERA 2019 melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Besut, Marang dan Setiu.

Manakala, Kontinjen SUKMA Negeri Kelantan turut dijemput untuk memeriahkan edisi yang julung kali dianjurkan itu.

Sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, bola sepak, berbasikal, badminton, pencak silat, sepak takraw serta olahraga bagi acara wajib.

Dan bola tampar, pentanque, pingpong, tenis, tenpin boling dan law bowls untuk acara pilihan.


Tag: