• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

DUNGUN, 18 Disember - 34 orang anak-anak daripada kalangan asnaf mendapat perhatian pihak Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah untuk menyertai program khatan beramai secara percuma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin berkata inisiatif yang dijalankan pihak masjid tersebut sangat baik bagi membantu golongan asnaf.

"Perkara ini menjadi berita baik kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutama bagi keluarga yang mungkin menghadapi kekangan dari sudut kewangan dalam menanggung kos berkhatan yang semakin meningkat.

"Kita semua menyedari bahawa kos berkhatan di masa kini bukan lagi perkara yang mudah dijangkau. Program ini sudah pastinya merupakan satu peluang besar kepada anak-anak. Maka, zahirkanlah rasa syukur dan terima kasih atas peluang yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Program Berkhatan MTAIZ.

Beliau turut merakam jutaan terima kasih kepada pihak masjid atas anjuran penuh manfaat ini.

"Saya berharap agar inisiatif seperti ini dapat terus dilaksanakan di masa depan agar lebih ramai lagi menerima manfaat ini sekaligus memberi inspirasi kepada pihak-pihak lain untuk melibatkan diri dalam usaha kemanusiaan dan keagamaan, serta mencipta lebih banyak inisiatif yang bermanfaat untuk komuniti," katanya.


Tag: