• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

350 Jururawat Sertai Gegar 10,000 Langkah

KUALA TERENGGANU, 19 Mei - Seramai 350 jururawat menyertai Gegar 10,000 Langkah di Dataran Pantai Batu Burok di sini, hari ini sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr Kasemani Embong berkata, mereka terdiri terdiri daripada semua kategori jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), swasta dan pesara.

"Sambutan Hari Jururawat disambut pada 12 Mei setiap tahun dan kali ini bertemakan "Nurses: a voices to lead: Invest In Nursing And Respect To Secure Global Health.

"Bagi Negeri Terengganu sambutan tahun ini diadakan di Dataran Pantai Batu Burok dengan aktiviti yang dijalankan adalah Gegar 10,000 Langkah serta seminar pendidikan dengan Tajuk: Bangkitkan Motivasi Diri.

"Tujuaanya adalah memberi kesedaran dan kepentingan kesihatan mental bagi menjamin kesejahteraan di kalangan petugas kesihatan setelah dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor.

Terdahulu, pelepasan peserta (flag off) program anjuran Bahagian Kejururawatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bersama Persatuan Jururawat Malaysia dan Kesatuan Jururawat Malaya itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. Dr Alias Razak kira-kira pukul 8.45 pagi.