• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

352 Mangsa Banjir Hulu Besut Terima BWI

BESUT, 7 April - Seramai 352 ketua isi rumah(KIR) bagi mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut menerima bantuan wang Ihsan (BWI) yang disampaikan Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Mat Daik Mohamad, semalam.

Dalam majlis penyampaian bantuan berkenaan di Kampung Pasir Akar, Mat Daik Mohamad berharap, sumbangan daripada kerajaan negeri itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penduduk terlibat lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.

"Alhamdulillah, semoga penerima-penerima bantuan ini dapat menggunakan BWI dengan sebaiknya dalam menampung kos kerosakan yang dialami akibat banjir baru-baru ini.

"Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah Besut, Angkatan Pertahanan Awam(APM) Besut serta Jabatan Kemajuan Masyarakat(JKM) Besut kerana memudahkan urusan penyampaian sumbangan ini," katanya.

Seramai 415 Ketua Isi Rumah(KIR) yang melibatkan 1828 kesemua jumlah mangsa banjir dalam kejadian akhir februari, 25 hingga 28 haribulan yang lepas.

 


Tag: