• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

36 Asnaf Diberi Bantuan Barangan Dapur

MARANG, 19 Oktober –  Seramai 36 golongan asnaf di daerah ini menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Pejabat Head (Grid MaintenanceTimur) Bahagian Grid, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Agihan berupa beras, susu, minyak, tepung, biskut, kicap dan  sos itu pasti membantu meringankan beban golongan itu yang kebanyakannya terjejas pendapatan akibat penularan wabak Covid-19.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya menitikberatkan keperluan mereka, sekurang-kurang mampu menampung perbelajaan harian.

"Sewajarnya penerima  bersyukur kerana terpilih sebagai penerima bantuan ini kerana diluar sana masih ramai lagi yang masih memerlukan sumbangan ini." Katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pembangunan Insan Dakwah Dan Penerangan Negeri berucap ketika merasmikan Program Penyerahan Bantuan di Dewan Serbaguna Kampung Sena Rendang, Bukit Payong, semalam.

Turut serta dalam Program tersebut, Head (Grid Maintenance - Timur) Jabatan Grid Maintenance Bahagian Grid TNB, Mohamad Mohydin Mohamed Nor, Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang, Ahmad Ridwan Abdul Rahman dan Penghulu Mukim Bukit Payung, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki

 


Tag: