• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

37 Terima Kad Skim Permata

BESUT, 4 November - Seramai 37 orang menerima Kad Skim Permata 2020 bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sumbangan tersebut merupakan usaha kerajaan negeri bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak.


"Skim ini diadakan bagi menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran lagi.

"Sumbangan ini diberikan dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi kemudahan untuk para penerima," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penyerahan kad skim permata di Pejabat Penyelaras, Kampung Padang Luas.

Katanya, permohonan masih lagi dibuka sehingga akhir tahun melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

"Saya berharap para ibu bapa dapat memanfaatkan sepenuhnya tabung ini bagi menjamin pembelajaran masa hadapan anak-anak," ujarnya


Tag: