• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

40 Keluarga Taman Indah Permai Terima Wang Saku

DUNGUN, 3 Mei - Seramai 40 keluarga di sekitar kawasan Bukit Merah, di sini menerima sumbangan wang saku sempena Ramadan daripada Surau Ar-Rayyan

Pengerusi Surau Ar-Rayyan, Kholid Mahmud berkata, daripada 40 keluarga itu pihaknya mengambil lima keluarga daripada JPKK Bandar Paka, Kuala Paka, Limbong, Gong Gemia, Bukit Merah, Telaga Mas, Santong.

Manakala katanya, pihak surau pula akan mencari lima lagi keluarga yang kurang bernasib baik.

“Perkara ini kita bincangkan dengan AJK surau untuk buat pemberian sumbangan kepada 40 keluarga di sekitar Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Taman Indah Permai.

“Inisiatif ini bagi mengelakkan golongan ini daripada tercicir daripada menerima bantuan Aidilfitri,” katanya ketika berucap di majlis sumbangan program tersebut.

Sementara itu, Kholid berkata, bulan Ramadan kali ini terut diserikan dengan aktiviti gotong-royong untuk menyediakan bubur lambuk sehingga 25 Ramadan.

“Setiap petang selepas Asar pihak surau kami ada membuat agihan bubur lambuk kepada sesiapa yang melalui jalan Santong ini dari Paka kepada 40 Keluarga Surau Ar-Rayyan," tambah beliau.

 


 


Tag: