• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

40 Pelajar Asnaf PSMZA Terima Sumbangan Aidilfitri

DUNGUN, 5 Mei- Seramai 40 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang digolongkan sebagai asnaf dari kalangan anak yatim dan fakir miskin menerima sumbangan sempena Ramadan kali ini.

Di majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu setiap pelajar menerima wang tunai hasil sumbangan kakitangan PSMZA untuk digunakan sebagai persiapan menyambut hari raya yang akan tiba tidak lama lagi. 

Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata, beliau merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan hasil daripada kutipan para pensyarah dan kakitangan pusat pengajian tersebut yang  prihatin.

Beliau juga berpesan agar pelajar yang menerima sumbangan berbelanja dengan berhemah. 

"Disamping itu, tekun dalam mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akan bermula selepas raya nanti," ujarnya dalam ucapan ringkas di majlis yang diadakan di Pusat Islam PSMZA.


Tag: