• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

40 Pelajar Politeknik Sertai Bengkel Di Kenyir

HULU TERENGGANU, 10 November - Seramai 40 orang pelajar Politeknik seluruh Malaysia berkampung di Tasik Kenyir selama empat hari untuk menyertai Bengkel Kepimpinan Sukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Malaysia kelmarin.

Pengarah program, Yaswadi Mat Yasim berkata, bengkel tersebut dianjurkan Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Politeknik & Kolej  (BAPP) JPPKK dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA).

"Program ini ialah untuk meningkatkan tahap kepimpinan pelajar dalam program sukarelawan dan melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang mantap. 


"Di samping mengeratkan ukhuwah dan persefahaman pemimpin mahasiswa dalam kalangan pelajar politeknik," jelasnya.

Yaswadi yang juga Ketua Jabatan HEP, PSMZA berkata demikian di dalam satu kenyataan selepas program berkenaan.

Kata Yaswadi lagi, dalam bengkel tersebut turut diselitkan program 'Corporate Social Responsibility' (CSR) bersama Perbadanan Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). 

"Kita juga bergotong royong memasang beberapa 'signboard' berkaitan alam sekitar di beberapa lokasi di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir," ujarnya. 

 


Tag: