• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

400 Sertai Program Agensi Bersama Rakyat

Oleh : Azizah Mahmood 

KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Hampir 400 orang penduduk  dalam DUN Wakaf Mempelam telah menyertai Program Agensi Kerajaan Bersama Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerajaan menawarkan pelbagai inisiatif dan bentuk-bentuk bantuan bersifat kebajikan kepada rakyat namun masih ramai  yang masih belum tahu mengenainya. 

"Hari ini bila agensi turun, contohnya PERKESO yang menawarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sekiranya berlaku kemalangan luar jangka, ambiklah peluang  yang ada di depan kita hari ini untuk kita bersama menjaga diri kita dan keluarga,

"KWSP sendiri menawarkan i-Suri  untuk suri rumah mendapat manfaat daripada caruman, " ujarnya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN  Wakaf Mempelam di Kubang Parit di sini, baru-baru ini. 

Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja(KWSP).

Turut di sertai agensi kerajaan lain saperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Agensi  Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga  Tabung Haji (TH), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kami cukup berbesar hati menerima kunjungan dari pelbagai agensi kerajaan bagi memberi penerangan tentang inisiatif bagi setiap agensi begitu juga membantu untuk membuka akaun. 

"Agensi -agensi ini bertindak sebagai pemberi maklumat kepada masyarakat tentang  peranan masing-masing  kerana banyak maklumat tidak sampai kepada golongan sasar terutamanya suri rumah," katanya lagi.