• 21 Okt 2021 | 14 Rabiul Awal 1443

417 Keluarga Mangsa Banjir Terima RM500

BESUT, 22 Oktober - Seramai 417 keluarga yang terjejas akibat banjir pada akhir tahun lalu mendapat bantuan wang tunai sebanyak RM500.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, bantuan tersebut abgi meringankan sedikit bebanan mereka.

"Alhamdulillah, semua mangsa yang dipindahkan pada tahun lepas mendapat bantuan, walaupun lambat tetapi dapat juga.

"Pada musim ini kita diingatkan supaya berjaga- jaga, kerana hujan yang tidak menentu berkemungkinan akan berlakunya banjir. Kita semua perlulah berdoa agar segala bencana termasuk banjir ini tidak berlaku seperti tahun- tahun  yang sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Dewan Sivik Kampung Pasir Akar, Hulu Besut semalam.

Turut hadir bersama menyampaikan sumbangan itu,Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Wan Ab Rahim Wan Sulaiman.

Bantuan ini adalah daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Angensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang kemudiannya disalurkan kepada Pejabat Daerah.

 

 


Tag: