• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

429 Terima Sumbangan Sentuhan Kasih Ramadhan DUN Paka

DUNGUN, 3 April - Seramai 429 orang terdiri daripada 206 orang anak yatim, 140 ibu tunggal, 157 orang fakir miskin dan 83 orang guru PASTI menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat memaklumkan, inisiatif itu diagihkan sempena menyambut kedatangan Aidilfitri nanti.

Ahlid Dewan Undangan Negeri Paka itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ladang Rakyat Sdn. Bhd selaku penyumbang dalam menjayakan program bantuan tersebut.

“InsyaAllah kita beri setakat yang mampu. Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan bebanan mereka untuk menyambut ketibaan Aidilfitri nanti. Terima kasih kepada Ladang Rakyat SDN BHD yang memilih DUN Paka untuk diberikan sumbangan.”

“Tidak lupa juga kepada syarikat swasta, ARKEMA yang menyumbang kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam (Darul Aitam Paka) serta orang ramai yang sudi berkongsi rezeki.”

“Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan dalam bulan keberkatan ini dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Sumbangan Sentuhan Kasih Ramadhan DUN Paka di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Islam Darul Iman semalam.

 


Tag: