• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

43 Rumah Rosak Dibadai Ribut

KUALA NERUS, 17 Oktober - Sebanyak 43 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading di sini rosak selepas dibadai angin kencang pada jam 8.45 malam tadi.

Kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bahagian struktur dan bumbung termasuk yang ditimpa pokok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sehingga jam 12 malam sebanyak 43 buah rumah dari enam kampung telah terkesan dengan ribut tersebut.

“Kita jangka akan ada pertambahan bilangan rumah yang rosak akibat kejadian ini dan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sedang mengumpulkan maklumat kerosakan di kampung masing-masing.

"Difahamkan juga, setakat ini tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Kali terakhir DUN ini dilanda ribut adalah pada September tahun lepas, mengakibatkan 150 buah rumah rosak,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas kejadian ribut luar biasa yang berlaku malam tadi.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap agar orang ramai lebih bersiap siaga berikutan peralihan monsun timur laut sejak hujung September lepas dan dijangka berakhir awal November ini.


Tag: