• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

44 Kawasan Hulu Terengganu Alami Gangguan Air

HULU TERENGGANU, 28 Februari - 44 kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas loji rawatan air di sini terpaksa dihenti tugas.

Ia berikutan gangguan kualiti kekeruhan air mentah yang tinggi telah masuk ke rumah pam dan melepasi keupayaan reka bentuk loji akibat banjir.

Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam satu kenyataan berkata
jangkaan untuk semua loji rawatan air ini beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

"Ini berikutan kekeruhan air mentah masih lagi tidak dapat dirawat. 

"Pihaknya juga perlu memastikan semua peralatan di loji rawatan air berada dalam keadaan baik dan boleh dioperasikan tanpa membahayakan keselamatan kakitangan SATU terutamanya melibatkan arus elektrik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, sebanyak empat buah lori tangki air sedang digerakkan secara berperingkat ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. 

Orang ramai boleh boleh mengikuti perkembangan melalui laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram, Linkedin, atau hubungi careline di talian 1300-88-2111 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.