• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

50 Batang Jalan Kampung Baharu Dibina

KUALA TERENGGANU, 2 November - Dalam tempoh tujuh bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan Persekutuan, lebih RM 3 juta peruntukan diagihkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim kepada masyarakat setempat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inivasi (MOSTI) menjelaskan, pelbagai bantuan telah disalurkan mengikut keperluan semasa rakyat.

“Di peringkat Parlimen Kuala Terengganu, kita belanja lebih RM1 juta untuk bahagian perbekalan makanan sahaja dengan pembelian pelbagai keperluan asas seperti beras dan sebagainya.

“Apa yang kita pesan kepada petugas kita, semua ini untuk rakyat kita tanpa mengira bangsa, kaum dan agama,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bulan Dakwah 2020 i-Khidmat Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah Covid-19 Peringkat Negeri Terengganu, di Masjid Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Penolong Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin.

Jelasnya, selain itu sebanyak RM1 juta juga diperuntukkan bagi membina jalan-jalan kampung yang baharu. Selaku Ahli Parlimen, beliau memaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan terakhir ini, sebanyak 50 batang jalan kampung yang baharu telah berjaya disiapkan.

“Insya-Allah, doakan supaya selepas ini lebih banyak peruntukan dapat kita sediakan daripada kerajaan Pusat untuk bantuan dan kemudahan rakyat di negeri ini,” ujarnya.

 

 

 


Tag: