• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

50 Penduduk Kampung Alor Belanga Sertai Program Sehari Bersama Komuniti

BESUT, 28 September- Seramai 50 orang masyarakat Kampung Alor Belanga menyertai program Sehari Bersama Komuniti yang bertempat di perkarangan Kompleks Tahfiz Annur, di sini semalam.

Program anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut itu turut menjemput 20 sukarelawan paramedik dari badan bukan kerajaan (NGO) Muslimcare Malaysia Society.

Program yang bermula dengan pemeriksaan kesihatan pada sebelah pagi diteruskan dengan gotong-royong baik pulih jalan kampung yang menghubungkan ke tahfiz dan menziarahi asnaf-asnaf pada sebelah petangnya.

Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, pihaknya akan terus mengangjurkan program berkenaan untuk kepentingan rakyat.

"Insya-Allah kita akan memastikan program cakna rakyat seperti ini akan diteruskan buat seluruh penduduk Besut khususnya.

"Kita juga akan masuk ke kampung cari asnaf-asnaf untuk menghantar sumbangan buat mereka tanpa mengira latar belakang agar kita dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Sebagai pemimpin, kita kena peka dengan keadaan sekeliling," ujarnya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

 


Tag: