• 06 Okt 2024 | 03 Rabiul Akhir 1446

50 Persatuan Motosikal Dalam, Luar Negara Sertai Terengganu Bike Week

KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Lebih 50 Persatuan dari pelbagai negara, termasuk Thailand, Singapura dan Brunei menyertai Terengganu Bike Week 2023 (TBW2023) di Dataran Shahbandar di sini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Fadli Yusof berkata Zakaria berkata program Terengganu Bike Week 2023 ini menghimpunkan lebih 2,000 motosikal dari pelbagai jenis model klasik dan baharu.

Katanya, penganjuran Terengganu Bike Week 2023 hasil kerjasama dengan JPNT dan East Coast Motorcycle Club (ECMC). 

“Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 26 hingga 28 Mei itu menerima penyertaan di luar jangka oleh pengunjung.

“Pada hari terakhir program, kira-kira 400 pengunjung TBW2023 hadir bersama-sama Pengasas ECMC, Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu ke Kampung Budaya Terengganu bagi memenuhi jemputan JPNT," katanya dalam kenyataan media semalam.

Tambah Fadli Yusof, pelbagai aktiviti kebudayaan yang dipersembahkan dalam program itu antaranya pentunjukan membuat kuih loklik dan mas jemput serta penyampaian sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau berkata, penglibatan tersebut pelbagai agensi dan persatuan motosikal di dalam dan luar negara itu sekali gus merancakkan agenda pelancongan dan ekonomi negeri Terengganu.

 


Tag: