• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

50 PKS Disenarai Sebagai Zon Perdagangan Bebas Digital




Kerajaan negeri melalui SME Corp Terengganu  mengenalpasti 50 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu untuk disenaraikan dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, berkata pihaknya yakin melalui platform itu bakal menjadi pemangkin  bagi melonjakkan sektor PKS di Terengganu dalam usaha menembusi pasaran luar. perniagaan di atas talian.

Katanya, usahawan PKS  harus melihat pasaran bukan lagi di Malaysia malah di seluruh  di dunia.

“Oleh itu PKS perlu memastikan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang mereka promosikan adalah berbeza dengan pesaing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.


“Antara sektor yang diberikan fokus adalah seperti bidang makanan dan minuman, percetakan digital dan tekstil,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu, di Pusat  Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, pengerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPUT), Roslee Daud.

Katanya, salah  satu kriteria yang dititikberatkan untuk disenaraikan dalam DFTZ, syarikat mestilah bertaraf 3 bintang ke atas mengikut Penarafan Daya Saing (SCORE).



“SCORE adalah kaedah penilaian diagnostik bagi mengukur dan meningkatkan daya saing syarikat PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan yang dikendalikan oleh juruaudit terlatih untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap syarikat,” katanya.

Tag: