509 Terima Kad Sejahtera
KUALA NERUS, 25 April - Kad untuk rakyat, itulah yang boleh dikatakan. Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta terpilih.
Manifesto PAS PRU-14 lalu , Kad Sejahtera merupakan satu janji yang diberikan kepada penduduk Terengganu khususnya. Hari ini, pelaksaanan sudah menjangkaui lebih dari 20,000 orang penerima. Had maksimun penggunaan kad tersebut ialah RM 500.00 setahun dan minima RM 70.00 untuk setiap kali transaksi.
“Dalam satu program di Felda Belara, ADUN Tepoh ,Hishamuddin Abdul Karim yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu telah menyerahkan Kad Sejahtera kepada penduduk Felda Belara. Seramai 20 orang penduduk telah menerima Kad Sejahtera semasa program penyerahan tersebut.
“Dalam ucapan penyerahan tersebut, Beliau turut menyatakan bahawa usaha melaksanakan agenda kebajikan rakyat menjadi tanggungjawab utama kerajaan ketika ini.
Katanya lagi, Kad Sejahtera ini telah pun mula diagihkan hampir 509 orang penerima pada tahun 2020 dan telah tahun 2021 dimulakan kembali dengan penambahan bilangan penerima.
"Inisiatif ini diharapkan dapat membantu mengurangkan beban kos rawatan kesihatan bagi golongan yang terlibat"
Turut sama semasa penyerahan tersebut ialah Encik Ahmad Bahrol Ulum Mohd Hadri, Pengurus Felda Belara dan Haji Wan Hassan Wan Mohd Zain, Pengerusi JPKK Felda Belara.
“ Sempena program yang sama juga, Ustaz Hishamuddin turut mengagihkan sumbangan barangan dapur kepada golongan yang memerlukan”.