• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

54 Taska Milik YPKT Dibenar Beroperasi Semula Ahad ini

KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Selepas lebih sebulan ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 54 taska Permata Keluarga (TPK) akan kembali dibuka mulai Ahad ini  dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak petugas barisan hadapan.

Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Kamarulzaman Awang berkata, sepanjang PKP Fasa 1 baru-baru ini hanya 15 taska daripada 69 pusat asuhan milik Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dibenar operasi melibatkan 211 kanak-kanak.

Katanya, antaranya, TPK Batu Burok, TPK Kuala Terengganu, TPK Wakaf Tembesu, TPK Teluk Ketapang, TPK Kuala Berang, TPK Bukit Perah, TPK Putera Jaya dan TPK Pekan Jabi.

“Sepanjang tempoh PKP 3.0, YPKT terpaksa mengehadkan bilangan operasi taska bagi mengurangkan risiko jangkitan pandemik Covid-19.

“Terpaksa berbuat demikian memandangkan berlaku jangkitan Covid-19  pada kanak-kanak dan pendidik,” katanya.

Menurut, walaupun kesemua 69 TPK dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan  permatuhan prosedur operasi standard (SOP), hanya sebilangan daripada 4,400 kanak-kanak daripada 3,561 keluarga dibenarkan hantar.

“YPKT masih mengenakan syarat tertentu kepada ibu bapa yang terlibat, antaranya perlu mendapatkan pengesahan majikan atau pihak berwajib.  

“Bagi ibu dan bapa Bekerja Dari Rumah (BDR) termasuk guru , pihaknya tidak digalakkan  menghantar anak masing-masing.,” katanya.

 


Tag: