• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

DUNGUN,16 Disember– Mangsa banjir di Dungun hari ini meningkat kepada 551 orang daripada 120 keluarga.

Melnurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat pada malam tadi.

“Sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Daerah Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan(SK) Tebing Tembah, Balairaya Kampung Pelandang, Dewan Sivik Paka, SK Kampung Nyior, SK Balai Besar, SK Tok Kah, Dewan Sivik Seberang Pintasan, Dewan Majlis Sukan Negara(MSN) dan SK Pusat.

“Seramai 551 mangsa daripada 120 keluarga telah dipindahkan ke sembilan PPS berkenaan," lapor Sekretariat berkenaan. 

Sementara itu, Ahli Parkimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli memohon agar semua penduduk di daerah Dungun ambil langkah berjaga-jaga memandangkan hujan masih turun. 

"Saya mengharapkan mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat.

"Marilah kita berdoa agar dijauhkan dan diselamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini," ujarnya lagi.


Tag: