• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

650 Peserta Sertai Kayuhan Besut Maju Berkat Sejahtera Fun Ride


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 5 April- Seramai 650 peserta mengambil bahagian di dalam program Besut Maju Berkat Sejahtera Fun Ride 2019.

Program kayuhan basikal sejauh 37 kilometer yang dianjurkan oleh Penjabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tersebut bermula dan berakhir di perkarangan Dewan Terbuka Muara Kuala Besut.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, riadah berbasikal itu bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat malah turut mendapat penyertaan peminat sukan berbasikal daripada luar negeri.


"Saya menyokong penuh aktiviti sebegini kerana selain dapat menyihatkan tubuh badan, kita juga dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat baru,” ujarnya ketika berucap pada majlis pelepasan peserta, semalam.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad menyempurnakan majlis pelepasan kira-kira jam 8 pagi.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ahmad Azizi Zulkifli dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kota Putera, Adam Said.

Para peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal 4 tayar ATV, seutas gelang emas dan dua buah basikal sempena program kayuhan tersebut.



Tag: