• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

6,578 Penduduk di Air Putih Terima I-Fitri

 

KEMAMAN, 18 April - Seramai 6,578 penduduk yang kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih menerima bantuan sempena Aidilfitri, i-Fitri semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata majlis berkenaan terbahagi kepada dua sesi bagi memudahkan proses agihan.

“Sesi pertama kita menerima kehadiran seramai 3,203 orang manakala sesi kedua kita menerima peserta seramai 3,384 orang. Bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang.

“Sebanyak 10 kaunter telah dibuka bagi melancarkan operasi agihan duit," katanya ketika ditemui media selepas majlis tersebut.

Menurut Ab. Razak, penerima tahun ini mencatatkan jumlah paling ramai berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

"Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang menjayakan majlis ini terutamanya pihak JPKK, i-MiTS, PKM dan TSIS," jelasnya.

 

Sementara itu, bagi penerima dari Felda Neram 1, Roslizawati Muhd, dia merasa terharu kerana terpilih menerima bantuan itu.

"Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menyiapkan proses sambutan Aidilfitri bagi keluarga saya," katanya.

 


Tag: