• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

7,000 Rumah di DUN Ladang Terima Kuih Raya Percuma

KUALA TERENGGANU 19 April - Sebagai tanda ingatan sempena Hari Raya Aidilfitri lebih 7,000 buah rumah akan menerima kuih raya. 

ADUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata ia melibatkan peruntukan sebanyak RM100, 000. 

"Setiap buah rumah akan mendapat sebekas kuih raya tanpa mengira fahaman politik, kita beri belaka, mungkin tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya sebagai tanda ingatan," katanya.Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan I-Fitri Peringkat DUN Ladang yang diadakan di Terengganu Equestrian Centre. 

Menurutnya, di DUN Ladang seramai 2404 orang layak menerima Bantuan i-Fitri.

"Baru-baru ini Kad Sejahtera, hari ini pula i-fitri, ini semua adalah tanda kerajaan yang prihatin untuk membantu rakyat dan meringankan beban rakyat," katanya


Tag: