• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

71 Pasukan Sertai Perarakan Maulidur Rasul

Ahmad Rzif bersama tetamu kehormat lain mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Seramai 2,762 peserta  membabitkan 71 pasukan menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu 1438H/2016M.

Perarakan sejauh 2.4 kilometer itu bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.


Mengetuai  perarakan itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman;  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta exco-exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.

Pada majlis itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diumumkan sebagai johan bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri, Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu (tempat kedua), dan Majlis Agama Islam dan  Adat Melayu Terengganu (tempat ketiga).


Manakala bagi kategori jabatan kerajaan persekutuan dan badan berkanun persekutuan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu diumumkan sebagai johan,  Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (tempat kedua) dan Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu (tempat ketiga).



Johan bagi kategori syarikat-syarikat swasta pula, diraih Syarikat Air Terengganu, TTI Managemant (kedua) dan Petronas Wilayah Pantai Timur (ketiga).

Johan bagi setiap kategori  membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil, tempat kedua (RM2,000) dan tempat ketiga pula membawa pulang RM1,500.




Tag: