• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

719 Warga Emas Kijal Terima Pencen Rakyat

KEMAMAN, 17 Januari - Seramai 719 warga Kijal yang berusia 60 tahun ke atas menerima bantuan Pencen Rakyat oleh kerajaan negeri.

Hazri Jusoh (sedang berucap) bersama Wan Zakaria.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata bantuan tersebut adalah dikhususkan kepada mereka yang sudah bersara dan tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi negeri ataupun Persekutuan.

"Terima kasih kepada kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kerana melunaskan janji manifesto tempoh hari.

"Bantuan ini juga bertujuan bagi meraikan orang-orang lama yang turut berjasa dalam membangunkan dan memajukan bumi Terengganu," ujarnya.

Sebahagian penerima insentif menunggu giliran.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pengagihan Insentif Pencen Rakyat Peringkat DUN Kijal di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal baru-baru ini.

Hazri turut mengingatkan kepada orang ramai agar mengikuti langkah yang telah digariskan oleh kerajaan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Salah seorang penerima Insentif Pencen Rakyat Terengganu.

Turut hadir,  Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kawasan Kemaman, Wan Zakaria Wan Mamat.