• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

72 Penduduk Terima Cermin Mata Percuma

BESUT, 25 Oktober- Seramai 72 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menerima sumbangan cermin mata secara percuma yang diadakan di Dewan Sivik kampung baharu, baru-baru ini.

Sumbangan ini disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pusat Khidmat DUN bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. 

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata bantuan ini bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan kerana kos membuat cermin mata agak mahal.

“Pada tahun lepas kita sudah menyampaikan bantuan cermin mata kepada 36 orang, alhamdulillah pada tahun ini kita tambah kepada 72 orang. 

“In shaa Allah kita bersama pihak JKM akan terus membantu rakyat yang memerlukan”, katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Darul Iman. 


Tag: