• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

73 Buah Rumah Rosak Dipukul Ribut


Superitenden Mohd Said Ibrahim
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda di beberapa kawasan di Kemaman, malam tadi menyebabkan 73 rumah kediaman rosak.

Kejadian bermula pad jam 9.30 malam itu menimbulkan rasa cemas dan takut di kalangan penduduk apabila atap rumah mereka diterbangkan oleh angin kencang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Mohd Said Ibrahim berkata sebanyak tujuh kawasan terjejas ialah di Kuala Kemaman, Geliga, Fikri, Banggol Indah, Banggol Indah, Paya Berenjut dan Kampung Mak Lagam.

Menurut Mohd Said, pihaknya menerima sebanyak 10 laporan polis yang dibuat oleh mangsa ribut tersebut.

"Mangsa datang membuat laporan bagi menyatakan keadaan kediaman mereka yang rosak dalam kejadian tersebut," katanya.

Sebahagian kediaman yang mengalami kerosakan atap dalam kejadian tersebut.

Katanya lagi,  tiada  mangsa yang dilaporkan cedera dan ketika kejadian kebanyakkan mangsa berada di kediaman mereka.

"Kita telah mengarahkan anggota untuk pergi ke setiap lokasi kejadian untuk tujuan pemantauan dan memberikan bantuan kepada mangsa sekiranya diperlukan," katanya.

Menurut Mohd Said, sesetengah mangsa yang terlibat menumpang di rumah saudara mara terdekat dan ada juga yang tidak berpindah dan terus membaiki kerosakan yang dialami.

Tambahnya, rondaan unit MPV di setiap kawasan yang terlibat turut digerakkan bagi memantau keadaan semasa untuk mengelak berlakunya aktiviti jenayah.




Tag: