• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

79 Pegawai, Anggota Polis Dikenakan Tindakan Tatatertib

KUALA TERENGGANU, 11 Januari – Seramai 79 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu terlibat pelbagai kes salah laku dan masalah disiplin direkod sejak Januari hingga Disember tahun lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, ianya merangkumi  pegawai kanan polis (10), pegawai rendah polis (67) dan dua pegawai awam. 

Menurut beliau, antara kesalahan yang dilakukan ialah jenayah sebanyak 16 kes, (5) kes narkotik (5), kes tidak hadir tugas (8),  kes salahlaku (47), kes syariah (2) dan kes SPRM (1). 

“Saya memandang penglibatan salahlaku pegawai PDRM Kontinjen Terengganu ini secara serius, Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan kesalahan salahlaku membabitkan pegawai dibawah seliaan masingmasing dapat dikawal pada tahap semaksima mungkin. 

“Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini, apatah lagi pegawai yang terlibat dalam kesalahan kes jenayah dan kes dadah. Mereka ini umpama “musuh dalam selimut” atau “Gunting dalam lipatan” yang mencemar imej dan nama baik PDRM khususnya PDRM Terengganu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai  102 orang yang telah turut sama menyumbang dalam menjayakan tugas-tugas kepolisan dengan cemerlang menerima surat penghargaan dari PDRM.