• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

8 Jalan Utama Ditutup, 1 SJR Di PKPD Mukim Manir

KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Polis menutup lapan jalan utama dan mengenakan satu sekatan jalan raya (SJR) di Mukim Manir bagi mengawal pergerakan keluar dan masuk kenderaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) sehingga 18 Ogos ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, antara jalan terlibat ialah Jalan Manir Pulau Bahagia-Telemong (berhampiran tangki air Pulau Bahagia) dan Jalan Padang Tengir- Kubang Bujuk (Jambatan Kubang Bujuk).

“Selain itu, Jalan Kebor Besar-Guntong Telar (berhampiran jambatan Kebor Besar), Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Jambatan Buluh Gading) dan Jalan Kampung Sabtu-Jeram (lampu isyarat bawah lebuhraya Pulau Sekati) turut ditutup.

“Tiga jalan lain lagi termasuk susur keluar masuk lebuhraya Pulau Sekati (Kampung Kubang Jela), susur keluar dan masuk lebuhraya Pulau Sekati (Taman Cikgu Ismail Yusof) dan susur keluar dan masuk lebuhraya Pulau Sekati (Kampung Banggol Donas)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, satu SJR terletak di Jambatan Manir dan akan menutup 20 laluan kampung di dalam kawasan PKPD.

"Memandangkan semua jalan dan laluan di Mukim Manir akan ditutup sepenuhnya, maka laluan keluar dan masuk hanya boleh dibuat melalui Jambatan Sungai Manir sahaja.

"Segala pergerakan keluar dan masuk hendaklah mempunyai dokumen-dokumen lengkap seperti untuk bekerja (perkhidmatan perlu) atau surat kebenaran daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Sehubungan itu, kita akan menempatkan pusat kawalan PDRM di Balai Polis Manir bagi memudahkan penduduk mendapatkan kebenaran keluar masuk di kawasan PKPD atas sebab kecemasan atau sebab dibenarkan,” katanya lagi.

Abdul Rahim turut menasihati pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan PKPD Manir seperti dalam jadual berikut:

“Bagi penduduk di Mukim Belara pula yang hendak ke pusat bandar atau ke Kuala Nerus/Tol Gemuruh/ Setiu boleh melalui jalan alternatif seperti berikut: