Perdagangan Terengganu Catat Lonjakan, Imbangan Dagangan Naik 60.1 Peratus
SETIU, 15 Jun - Sebanyak 80 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daerah Setiu menerima watikah pelantikan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu (MDS), Sungai Tarom.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata JPKK seharusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di bawah lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan dan juga sebagai pemudah cara.
"Di negeri Terengganu sebanyak 1,050 JPKK, dan kita semua adalah sebahagian daripada itu, cari titik persamaan dalam semua perkara dan menyelesaikan dengan kebijaksanan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK Daerah Setiu.
JPKK daerah Setiu melibatkan Dewan Undangan Negeri kawasan Langkap dan Permaisuri masing-masing terdiri sebanyak 34 dan 46.
Terdahulu disampaikan taklimat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.
"Saya ingin berkongsi beberapa tips dan panduan bekerja dalam JPKK, kita hendaklah biasakan menyenarai kerja yang nak dibuat supaya semuanya teratur, tingkatkan disiplin dalam organisasi dan menilai daripada segi keutamaan dalam membuat keputusan,"ujarnya lagi.