• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

80 Kek Tanda Hargai Jasa Guru

DUNGUN, 17 Mei- Sebanyak 80 biji kek telah diedarkan di sekolah menengah, rendah dan tadika di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang sebagai menghargai  jasa guru-guru.

ADUNnya, Alias Harun berkata guru umpama sebatang lilin yang rela membakar diri untuk menerangi orang lain.

"Pengorbanan guru bukan sekadar untuk menyampaikan ilmu tetapi mahu melihat anak-anak didiknya menjadi insan berguna," katanya.

Menurutnya, memandangkan kawasan DUN Rantau Abang yang luas, sebanyak 10 kumpulan dibentuk.

"Mereka mewakili saya ke sekolah-sekolah untuk menyampaikan kek berkenaan di setiap tempat yang dikunjungi," katanya lagi. 


Tag:

Artikel Berkaitan