• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

89 Asnaf, Anak Yatim Terima Bantuan

DUNGUN, 8 Mei - 36 orang asnaf dan 56 orang anak yatim di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka mendapat bantuan wang saku dan barangan dapur daripada kerajaan negeri baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata agihan itu melibatkan kampung Gong Gemia, Bukit Merah, Kuala Paka, Bandar Paka, Kg Kolam dan Kg Limbong.

"Sebahagian agihan hari ini melibatkan kawasan belah bandar dan ia akan menyusul ke kawasan lain pula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Fakir Miskin di Surau Ar Rayan, Bukit Merah, Paka.

Reaksi ceria daripada salah seorang penerima ditemani anaknya menerima bantuan barangan dapur dan wang saku

Dalam pada itu, pemberian berkenaan merupakan hasil derma tabung jemaah surau berkenaan dan penduduk sekitar.

"Jutaan terima kasih dihadiahkan kepada para penyumbang yang menghulurkan bantuan kewangan, beras dan barangan dapur bagi mereka yang berkeperluan."

"Tanpa sumbangan anda, majlis hari ini tidak dapat dilangsungkan dengan jayanya dan semoga Allah membalas dengan kebaikan kepada anda semua," jelasnya lagi


Tag: