• 01 Mei 2024 | 22 Syawal 1445

90 Rumah Rosak Akibat Ribut

KEMAMAN, 23 Julai - Sebanyak 90 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, rosak dalam kejadian ribut, hujan lebat dan angin kencang yang telah berlaku, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, jumlah itu diperolehi setakat ini selepas menerima laporan oleh setiap pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat.

Setakat ini, sebanyak 17 kampung yang dilaporkan mempunyai penduduk yang menjadi mangsa ribut ini.

"Saya telah memaklumkan kepada semua JPKK untuk segera mengambil tindakan untuk baik pulih rumah berkenaan.

"Insya-Allah, kita akan segera melaksanakan kerja-kerja baik pulih rumah ini dan menyelesaikannya secepat mungkin.

"Ia adalah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua mangsa ini kembali seperti sediakala," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri telah turun melawat kawasannya seawal pagi tadi.

Kejadian ribut, hujan lebat dan angin kencang ini dikatakan berlaku sekitar jam 12.00 malam, malam tadi.