• 07 Dis 2021 | 2 Jamadil Awal 1443

91 Orang Golongan Sasar Terima Sumbangan Bakul Ramadan

DUNGUN, 26 April - Seramai 91 penerima yang terdiri dari golongan fakir miskin menerima sumbangan 'Bakul Ramadan' daripada Masjid Taman Hadhari Paka.

Pengerusi Masjid Taman Hadhari Paka, Tengku Amran Tengku Awang berkata, sumbangan bantuan makanan itu diagihkan di kawasan sekitar masjid berkenaan.

"Kita bagi Bakul Ramadan ini melalui wakil Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) yang berdekatan dengan masjid.

"Antaranya JPKK Kuala Paka oleh Haji Marzuki dan JPKK Cacar Baru oleh Ustaz Azman Ali ," katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurutnya lagi, pihak JPKK akan mengagihkan batuan tersebut kepada golongan sasar mengikut senarai nama yang ada padanya.

"Setiap penerima akan dapat barangan dapur dengan nilaian RM100 yang dikeluarkan daripada kewangan masjid."

"InsyaAllah pemberian ini dapat menampung serba sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka," ujarnya.


Tag: