• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

927 Penduduk Di Seberang Takir Terima Bakul Makanan

KUALA NERUS, 25 Mei – Seramai 927 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang terkesan akibat pandemik COVID-9 menerima bakul makanan bernilai RM100 baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan (DUN) Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, Program Bakul Makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengandungi semua barang keperluan harian.

“Mereka yang layak menerima dan memohon bakul makanan adalah penerima bantuan bulanan sedia ada di bawah JKM mengikut data penerima.

“Peruntukan yang terlibat dalam pemberian bantuan bakul makanan ini ialah sebanyak RM50 juta,” ujarnya lagi.

Seorang penerima, Anan Abd. Rahman, 66, dari Seberang Takir menzahirkan rasa syukur kerana mendapat bantuan itu tepat pada masanya berikutan keadaan pandemik COVID-19.

“Sebelum ini saya memang penerima JKM tetapi kali ini sedikit berbeza daripada bantuan sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi, Che Senik Che Embong, 54, berterima kasih kepada semua yang terlibat memandangkan beliau warga emas dan hadir memerlukan pertolongan daripada adik-beradik.

“Terima kasih kepada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Seberang Takir kerana memudahkan saya menerima bantuan ini”,

Selain itu, kerajaan negeri juga akan meneruskan pelbagai insentif bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat COVID-19.


Tag: