• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

9,732 Mangsa Banjir Terengganu Masih Di PPS

KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Seramai 9,732  mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang tadi.

Kesemua mangsa daripada 2,491 keluarga itu ditempatkan di 35 PPS di lima daerah negeri ini membabitkan Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dimana 4,858 mangsa daripada 1,207 mangsa berada 19 PPS di daerah itu.

Di Kemaman, mangsa banjir yang direkodkan adalah seramai 3,769 orang membabitkan 1,009 keluarga dipindahkan ke lima PPS.

Sebanyak 200 keluarga membabitkan seramai 815 mangsa berada di tujuh PPS di Dungun.

Seramai 177 mangsa daripada 49 keluarga ditempatkan di empat PPS bagi daerah Kuala Nerus, manakala sebuah PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 113 mangsa daripada 26 keluarga di Kuala Terengganu.