• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

993 Permohonan Tanah 'Orang Terkilan' Disemak Semula

Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) bersama ADUN BN di DUN Terengganu baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri sedang menyemak semula dan mempertimbangkan sebanyak 993 permohonan untuk mendapatkan kembali lot tanah yang dirampas tahun 1999-2003.

Permohonan itu dibuat oleh mereka yang disifatkan sebagai 'orang terkilan', dipercayai dinafikan hak memiliki tanah tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam kertas bilangan 680/2018 bertarikh 8 Ogos 2018 telah bersetuju mengenai Cadangan Kaedah-kaedah Pelaksanaan Permohonan Semula Rancangan tanah Berkelompok.

Ini bertujuan bagi merealisasikan Manifesto Kerajaan Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), untuk mengembalikan Tanah-tanah Yang Dirampas Oleh Kerajaan BN Selepas Pemerintahan Kerajaan PAS pada Tahun 2004.

Katanya, permohonan terbanyak diperoleh dari Daerah Setiu berjumlah 499 permohonan diikuti Daerah Besut (300), Daerah Kemaman (124), Daerah Marang (42), Daerah Kuala Nerus (14), Daerah Dungun (tujuh), Daerah Kuala Terengganu (empat) dan Daerah Hulu Terengganu (tiga).

"Status semua permohonan tersebut masih berada di dalam proses semakan dan menerima permohonan," jelas beliau.


Tag: