• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat selepas dilapor mengalami sesak nafas malam tadi.

Perkara tersebut disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga anaknya melalui ciapan di laman facebook.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

“Mohon doa daripada semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya.

Terdahulu, Presiden PAS itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam tadi selepas dilapor mengalami sesak nafas.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.