• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Abdul Hadi Dikurnia Gelaran Tan Sri

KUALA LUMPUR, 13 November - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dikurniakan Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah tersebut dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Berita lanjut menyusul.

 


Tag: