• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Adinda Sultan Mizan Kembali ke Rahmatullah

KUALA NERUS, 4 Julai-  Jenazah Yang Amat Mulia Tengku Norhana Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, petang ini.

Jenazah Almarhumah tiba dari Kuala Lumpur pada kira-kira 3.45 petang dengan menaiki pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketibaan jenazah disambut DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin serta paduka-paduka Anakanda.

Jenazah kemudian diiringi ke Istana Syarqiyyah untuk disemayamkan bagi penghormatan terakhir di Balai Islam, sebelum dibawa ke Makam DiRaja Masjid Al-Muktafi Billah Shah dengan van jenazah.

Almarhumah Tengku Norhana, 59, mangkat pada jam 4.52 pagi, hari ini di Gleaneagles Hospital, Kuala Lumpur.


Tag: