• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

ADUN Belia Wanita Santuni Masyarakat, Ibu Bersalin

MARANG, 25 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Wanita Terengganu mengambil inisiatif menyantuni golongan belia dan masyarakat sekitar DUN Rhu Rendang dalam ziarah ibu bersalin dan 'Street Dakwah'.

Pembantu Hal Ehwal Beliawanis Institut Modal Insan Terengganu (i-MiTS) DUN Rhu Rendang, Syarifah Noorsheikha Syed Mahmud memuji usaha yang dianjurkan bagi merapatkan jurang antara komuniti dengan pemimpin muda negeri.

"Kita sangat berbesar hati apabila pihak ADUN Belia Wanita menyatakan hasrat ingin bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ziarah di sekitar DUN ini.

"Tujuh orang pemimpin belia ini telah menyantuni 23 ibu muda yang baru bersalin di perkampungan Sentol Patah, Batangan, Rhu Rendang, Kijing, Bandar Marang, Paya, Darat Pok Chan dan Rhu Muda.

Mereka juga turut melakukan aktiviti 'Street Dakwah' di sekitar Pulau Kekabu dalam usaha mendekati anak muda dan masyarakat di samping berkongsi tentang kejayaan manifesto Kerajaan Terengganu.

"Ada dalam kalangan mereka yang tahu, malah ada juga yang kurang dan tidak mengambil tahu. Jadi peranan ADUN Belia ini adalah menyampaikan tentang kejayaan serta pelaksanaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Mohd Fahkruddin Zakaria berkata, program ini wajar diteruskan untuk memberi pendedahan kepada anak muda tentang isu semasa di samping mendekati masyarakat setemmpat.

"Golongan muda intelektual seperti ini, juga perlu diberi pendedahan untuk berhadapan dengan rakyat lebih awal, malah mendekati kehidupan masyarakat supaya dapat dijadikan pengalaman untuk mereka sendiri kelak," tambahnya lagi.

 


Tag: