• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

ADUN BN Akui Bajet Terengganu Terbaik

KUALA TERENGGANU, 30 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Telemong daripada Barisan Nasional (BN) Rozi Mamat memuji Bajet 2023 Terengganu kerana menurutnya, ia benar-benar membantu rakyat.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah mengumumkan satu hidangan yang terbaik dan setakat ini mengikut perkiraan saya melalui pembentangan bajet yang telah dibentangkan itu hampir RM150 juta akan diagihkan bantuan secara 'one-off'' kepada rakyat dan ini merupakan satu perkembangan (baik)," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (BAJET), di Wisma Darul Iman, semalam.

Katanya, perkara kebaikan seumpama itu sewajarnya diteruskan setiap masa.

"Saya mengharapkan perkara ini dapat diteruskan sehingga akan datang supaya dapat dimanfaatakn oleh rakyat Terenggau, secara tidak langsung boleh membantu rakyat yang menghadapi bebanan dengan kos kenaikan sara hidup pada hari ini," ujarnya.

Dalam pada itu ADUN Manir, Mohd Hilmi Harun ketika mencelah berkata segala bantuan telah dimulakan sejak awal PAS mentadbir Terengganu.

Ujarnya, Segala agenda kebaikan dan perkara yang bermanfaat untuk rakyat  bukan semata-mata kerana hendak menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun hadapan.

"Peringkat awal (kerajaan) banyak menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan dahulu, yang kemudian ini apabila banyak untung (anak-anak syarikat), baru boleh buat (perbanyakkan bantuan 'one-off' ) ,"ujarnya.

 


Tag: