• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

ADUN BN Terus Terima Peruntukan RM250,000

KUALA TERENGGANU, 24 Mac - Kerajaan PAS Terengganu terus menyalurkan bantuan am sebanyak RM250,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri yang mahu melihat suasana politik di Terengganu berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni.

“Ini satu komitmen yang sangat tinggi daripada kerajaan, yang penting ini akan memberi keuntungan kepada rakyat Terengganu,” jelasnya ketika dihubungi UPDI selepas persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Jelasnya, perkara itu juga menjadi bukti pengamalan budaya politik matang dan sejahtera PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Untuk rekod, sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu, PAS mengumumkan peruntukan khas kepada wakil rakyat bukan kerajaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
 


Tag: